so ntuk menghilangkan rase boring ni..
sy telah copy paste beberapa crita yg bleh tahan la lawaknye
credit to forum.cari.com.my
AL-KISAH DERMA-MENDERMA
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua.Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
AL-KISAH PUTUS TUNANG
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
AL-KISAH NAIK MOTOR
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
AL-KISAH NAIK KERETA
Cerita berlaku di Jalan Loke Yew. Satu malam tu ada minah ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu la berapa banyak kencing setan dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. Jd masa tgh balik, ada roadblock & dia kena tahan ngan polis trafik yg meminta lesen memandu minah ni dll, minah tu pun keluar drp kereta dia.
Tetiba, berlaku kemalangan ngeri kat tepi jalan tu, si polis trafik meninggalkan minah tu & terus ke seberang jalan utk membantu mangsa kemalangan. Si minah ni pun panik & dah gabra tak tahu nak buat camne, dia terus masuk kereta & cabut lari balik ke rumah dia di Klang.
Keesokan polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia,
"AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Minah ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER. "
Maka polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Minah tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
Pastu polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Minah tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak kereta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat kereta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma kereta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
AL-KISAH CERMIN MATA
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa,
dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
AL-KISAH TERPOTONG
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
AL-KISAH TERSENYUM
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya
AL-KISAH CUCUR
Alkisah, adalah seorang bekas samseng yang mana telahpun bersara drp bidang kesamsengan lagi disebabkan telah insaf. Maka dia dan isterinya kini menjual cucur udang di negeri Antah Berantah.Setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya di seantero negeri...
Adalah pada satu hari tu dgn tiba2 datanglah sekumpulan malaun samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucur udangnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk di muka bumi ni. Maka sekumpulan malaun ni pun memborong habis kesemua cucurnya.Maka dengan lahapnya ketua malaun itu terlbh dulu merasmikan merasai cucur tersebut, dan dengan tak semena2 ketua malaun itu pun berkata...
" Dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang uon aku tak nampak!" Si penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila cucur buatannya disindir sebegitu.Dia pun menyinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya.
"Ooooohhhh ... cucur udang aku takde udang korang bising ... tu ... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising pulak".
p/s: hidup kadang kala perlu jga diwarnai dgn gelak ketawa ^_^
0 comments:
Post a Comment